Thursday, July 1, 2010

aku percaya.

aku percaya..
malam akan berubah siang
gelap akan bertukar terang
pilu akan menjadi girang.

aku percaya..
yg sabar akan bahagia
yg jujur akan ceria
yg ikhlas akan gembira.

aku percaya..
pada tali persahabatan yg utuh
pada kasih dan sayang yg kukuh
pada cinta yg teguh.


aku percaya..
satu penantian takkan sia-sia
walau semakin meningkat usia
walau beribu dugaan menduga.


dan aku juga percaya,
mimpi takkan mati.
persahabatan akan diredhai.
walau goyah melanda hati
walau kepercayaan selalu dikhianati
walau kejujuran sering disalah erti
kerana aku yakin,
ada sebab Tuhan menguji.


p/s: [sayangilah sahabat anda] :)

Template by:
Free Blog Templates