Thursday, October 21, 2010

Aku, Dia Dan Mimpi

Assalamualaikum.

[Gambar:Syukur]
Syukur.Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menghirup dan menghela oksigen hari ini.


Erm.Hari ni nak cakap pasal mimpi.
Kebelakangan ni kerap sangat mimpikan dia.
Terfikir juga kenapa?
Walaupun jarang sangat bercakap dengan dia (dalam realiti) tapi dalam mimpi,seolah semua hal kami kongsi.
Kata orang,mimpi mainan tidur.
Tapi saya suka bila mimpi yang best2.
Pastu kalau tiba2 terjaga memang emo habis la sebab kalau tidur balik pun memang takkan tersambung dah mimpi yang best tu.Tak suka.Tak suka.

[Gambar: Mimpi indah]
Mungkin ke sebab saya suka berangan?
Tapi takde la pulak fikirkan atau ingat dekat dia.

[Gambar: Memasang angan-angan]

Isk.Tiba-tiba rasa seram sejuk.

Stop.Stare.Shoo.

p/s: Hari ni takde kelas.Jadi,semua kerja tertunggak harus dibereskan.

Wednesday, October 20, 2010

CINTA | Membuatkan Seseorang TABAH atau TRAUMA?

Assalamualaikum.


Love hurts.
Acapkali kita dengar tentang kekecewaan dalam bercinta.
Kecewa,lantas merana.
Bila merana,semuanya jadi tak tentu hala.Hidup terasa hambar dan tawar.
Sepi menyapa.Bersendirian dan keseorangan walaupun dikelilingi teman yang setia.

Kebelakangan ini suka benar saya mengikuti blog Kak Zara.
Kalian mungkin tertanya kenapa,jawabnya kerana banyak teladan dapat diambil daripada penulisan beliau.
Paling akhir,mengenai kisah seorang sahabat yang putus tunang gara-gara tunangannya ingin kembali ke pangkuan kekasih lama.

Sedih kan?Pasangan yang sangat manis,akhirnya putus.Dua minggu sebelum ijab dan kabul. Na'uzubillah.

gambar:cinta kamu melukakan saya.

Memiliki seseorang yang istimewa di sisi di saat susah dan senang amat diidamkan lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.Namun begitu,harus sentiasa ingatkan diri supaya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

Saya belajar melalui pengalaman. Menyedari diri sendiri serik untuk dikhianati,wajar bagi saya untuk bangkit meneruskan hidup. Pernah menjadi seorang yang berputus asa satu waktu dulu dan kini saya sedar hidup tidak berakhir disini.

Alhamdulillah,Tuhan masih memberi kesempatan untuk melihat dunia,berfikir dan meneruskan hidup secara positif. Cinta telah membuat saya tabah. Kerana itulah saya mahu kawan-kawan saya kuat. Buat teman tersayang,S pilihan ada di tangan kamu.Jangan biarkan kata-kata mereka menghancurkan kamu.Kuatkan hati. Dan buat Encik.K,saya hanya mampu meberi pandangan,selebihnya terpulang pada kamu.Lepaskan jika itu yang terbaik untuk dia.

gambar:cinta senyap.

p/s: Cintailah Allah SWT dan nescaya cintamu akan berbalas.
Bersabarlah duhai hati-hati yang terluka.

"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." (Surah At-Taubah:51)

Tuesday, October 19, 2010

sudahlah sampai sini | HABIS.

assalamualaikum.


kaku.
sudah agak lama tidak menulis. Semenjak mendapat teguran daripada seorang kenalan dulu. Bukan terlalu mahu mengikut telunjuk orang,tapi saya lebih kepada malas hendak bertekak. Malas bertikam lidah dengan kenalan itu. Setelah difikir-fikir, rasanya wajar untuk tidak mengendahkan pandangan beliau. Maklumlah,setiap orang ada pandangan dan pada pandangan saya,tidak salah menulis. Bukan mahu mencanang kisah hidup,tapi cukup sekadar meluahkan apa yang terbuku dalan hati mahupun fikiran.Yang penting,tidak menyusahkan sesiapa.

Perasaan melonjak-lonjak apabila sering mengikuti blog kawan-kawan.Sekurang-kurangnya dapat melihat dunia melalui persepsi berbeza. Banyak sebab orang menulis. Ada yang berkisar tentang kekusutan yang melanda,entri ilmiah,meluahkan perasaan dan juga mengekspresikan pengalaman melalui gambar.Macam-macam boleh dikongsi.Menurut saya,menulis banyak mendatangkan kebaikan kepada saya berbanding dengan keburukan. Jadi,cakaplah apa yang kamu inginkan,kutuklah sehingga kamu puas asalkan saya tenang.


sudahlah sampai sini. HABIS.

Thursday, July 1, 2010

aku percaya.

aku percaya..
malam akan berubah siang
gelap akan bertukar terang
pilu akan menjadi girang.

aku percaya..
yg sabar akan bahagia
yg jujur akan ceria
yg ikhlas akan gembira.

aku percaya..
pada tali persahabatan yg utuh
pada kasih dan sayang yg kukuh
pada cinta yg teguh.


aku percaya..
satu penantian takkan sia-sia
walau semakin meningkat usia
walau beribu dugaan menduga.


dan aku juga percaya,
mimpi takkan mati.
persahabatan akan diredhai.
walau goyah melanda hati
walau kepercayaan selalu dikhianati
walau kejujuran sering disalah erti
kerana aku yakin,
ada sebab Tuhan menguji.


p/s: [sayangilah sahabat anda] :)

Sunday, April 18, 2010

YES!

i miss u.

Y

E

S

S


YESSSS!!

I MISS U!

Saturday, April 10, 2010

haRu+BirU

erm.
clueless.
patotkah di layan prasaan yg berkecamuk?
menyesal.
berguna ke?
layak atau x layak?
x tahu.
_____________________________________________________________________________________

sedikit terasa derita kwn2 sekeliling.
yg sedih,sedih sgt.
yg happy,happy sgt.
yg pasrah,tapi bersedih dlm bergembira.
pon ada.
walau apa pon yang sedang dilalui,ingat kita ada Tuhan.
mintak petunjuk daripadaNYA.
perbaik diri selagi terdaya.

kalu difikir2,kita semua da mula melalui liku2 hidup.actualy,SEDANG melaluinya.
perlu hati yg kuat tuk mengharunginya.
hati yang kental.
pandangan yang positif.
jiwa yang tekal.

apa itu CINTA?
besarkah?bermaknakah?
knpa semua org sekeliling kecewa bercinta?
knpa org selalu ada masalah yang berpunca drp cinta?
salahkah bercinta?atau salah org2 yang bercinta?

sejam yg lepas juga dikejutkan ngn berita kecurangan seorang kwn.
pasangan yg satu waktu dulu cukup romantis dan bahagia.
pasangan yg dikatakan berpotensi kekal ke anak cucu.
yes.dalam diam2 bercinta dengan 2 gadis.
di sini syg, di sana rindu.
di sini kasih, di sana menuggu.
come on la bro..tak baik buat org cmtu..
kalu da x boleh nk teruskan,ckp baik2..
jngan tipu.x kisah salah siapa.
masing2 punya alasan.tapi menipu sgt tidak elok.
asal kamu tau, amat menyakitkan sayang orang yang x sayang kita.
jangan nanti terhantuk baru terngadah.
sy knl dat girl.dia baik.dia cntik.
dia jugak sgt syg lelaki itu walau dia tau ada org ketiga.

gosh!
ape lg yg kamu nk duhai lelaki?
nk enjoy?
menikmati zaman remaja?
zaman bujang?
yes.be my guest.

sabarla 'W', sy doakan kamu berjumpa dgn org yg jauh lebih baik drp dia.
dan kpd lelaki itu,sy xnk mendoakan ketidaksejahteraan kamu,tapi sy harap kamu sedar yang kamu terlepas seseorg yang sukar dicari ganti.
jangan terlalu mencari kesempurnaan krna diri kita sendri juga tak sempurna.
tapi cari lah seseorang yg boleh membuat kamu ase sempurna bila bersamanya.

nite.

till then, toddles.

p/s: berharap pohon yg tidak berbuah, menanti pada yang tiada.

Sunday, April 4, 2010

keBLURRan.

today is sunday.and sy xperlu mengajar hari ni.
fuh.dats a relief.pg td headmistress da mntak buku praktikum.
adess.
another luck.alhamdulillah.
why?
sebab semlam bertungkus lumus sy mnyiapkannya.
tapi lesson plan plak x update lg.
hancuss.he.
seminggu x menulis.bz la katakan..
bukan wat esemen pon.
hari sukan skola.penat seyh!


bile ada mase,tenet plak mcm siput sedut.
nsb baik la dpt jgk buka fb.
xde la keBOSANan yg melampau melanda weekend yg borink.
hihi.

*tarik tali:merah vs kuning*

oh,ya.
semalam 3 april.i SUPPOSE to go flying kites at the beach.
and rent da cruise.
cycling around the Taman Tamadun Islam.
tp x mengapa.masa itu belom smpai.
and sy akan pegi pada TARIKH yg LAIN.
(",)

weekend activity??
bace blog kwn2.plg suke blog adahunny.
sebab ada kontroversi di situ.

about what?

ada la sal sorg kwn kitorg,N ex-bf dia S and sorg pompuan yg dikatakan *perampas bermulut longkang* hihi.
dipendekkan cerita,sgt kecian la dekat N ni..
sebab x pasal2 lelaki yg loser itu menyerlahkan keloseran beliau ngn membawa geng2 beliau pergi mengesound kwn2 si N yg tidak bersalah.huh.
ada jugak org cmtu.malunye kalu aku jd lelaki tu.huk3
ciannye kat ko ye.kalu ye pon syg awek,jgn la sampai cmtu skali.
x cukup ngn tu,ciap sms lg ckp *&%#$!@#%$#^% and mcm2 lg.x ke loser yg amat lelaki itu.
huhu.sy pon turut same terasa bahangnye.yela kan,org yg dekat ngn kita ase cmtu.
bila jumpe depan2 x brani plak. btol2 pengecut.
ok.enough about that.ckp byk2 pon wat sakit ati.
(ske ati sy la nk ckp pe,blog sy.)
hihi.

buat pe ptg ni??

baru je plan nk ciapkan sume benda alah sal prktikum ni..
kna plak pegi hntr bdk2 maen football ptg ni..adeii..
dah la MU kalah semalm.hangen btol la..!

p/s: i think im gaining my weight.huhu.u stupid appetite!!

stop.stare.shoo~

Template by:
Free Blog Templates