Thursday, October 21, 2010

Aku, Dia Dan Mimpi

Assalamualaikum.

[Gambar:Syukur]
Syukur.Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menghirup dan menghela oksigen hari ini.


Erm.Hari ni nak cakap pasal mimpi.
Kebelakangan ni kerap sangat mimpikan dia.
Terfikir juga kenapa?
Walaupun jarang sangat bercakap dengan dia (dalam realiti) tapi dalam mimpi,seolah semua hal kami kongsi.
Kata orang,mimpi mainan tidur.
Tapi saya suka bila mimpi yang best2.
Pastu kalau tiba2 terjaga memang emo habis la sebab kalau tidur balik pun memang takkan tersambung dah mimpi yang best tu.Tak suka.Tak suka.

[Gambar: Mimpi indah]
Mungkin ke sebab saya suka berangan?
Tapi takde la pulak fikirkan atau ingat dekat dia.

[Gambar: Memasang angan-angan]

Isk.Tiba-tiba rasa seram sejuk.

Stop.Stare.Shoo.

p/s: Hari ni takde kelas.Jadi,semua kerja tertunggak harus dibereskan.

Wednesday, October 20, 2010

CINTA | Membuatkan Seseorang TABAH atau TRAUMA?

Assalamualaikum.


Love hurts.
Acapkali kita dengar tentang kekecewaan dalam bercinta.
Kecewa,lantas merana.
Bila merana,semuanya jadi tak tentu hala.Hidup terasa hambar dan tawar.
Sepi menyapa.Bersendirian dan keseorangan walaupun dikelilingi teman yang setia.

Kebelakangan ini suka benar saya mengikuti blog Kak Zara.
Kalian mungkin tertanya kenapa,jawabnya kerana banyak teladan dapat diambil daripada penulisan beliau.
Paling akhir,mengenai kisah seorang sahabat yang putus tunang gara-gara tunangannya ingin kembali ke pangkuan kekasih lama.

Sedih kan?Pasangan yang sangat manis,akhirnya putus.Dua minggu sebelum ijab dan kabul. Na'uzubillah.

gambar:cinta kamu melukakan saya.

Memiliki seseorang yang istimewa di sisi di saat susah dan senang amat diidamkan lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.Namun begitu,harus sentiasa ingatkan diri supaya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

Saya belajar melalui pengalaman. Menyedari diri sendiri serik untuk dikhianati,wajar bagi saya untuk bangkit meneruskan hidup. Pernah menjadi seorang yang berputus asa satu waktu dulu dan kini saya sedar hidup tidak berakhir disini.

Alhamdulillah,Tuhan masih memberi kesempatan untuk melihat dunia,berfikir dan meneruskan hidup secara positif. Cinta telah membuat saya tabah. Kerana itulah saya mahu kawan-kawan saya kuat. Buat teman tersayang,S pilihan ada di tangan kamu.Jangan biarkan kata-kata mereka menghancurkan kamu.Kuatkan hati. Dan buat Encik.K,saya hanya mampu meberi pandangan,selebihnya terpulang pada kamu.Lepaskan jika itu yang terbaik untuk dia.

gambar:cinta senyap.

p/s: Cintailah Allah SWT dan nescaya cintamu akan berbalas.
Bersabarlah duhai hati-hati yang terluka.

"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." (Surah At-Taubah:51)

Tuesday, October 19, 2010

sudahlah sampai sini | HABIS.

assalamualaikum.


kaku.
sudah agak lama tidak menulis. Semenjak mendapat teguran daripada seorang kenalan dulu. Bukan terlalu mahu mengikut telunjuk orang,tapi saya lebih kepada malas hendak bertekak. Malas bertikam lidah dengan kenalan itu. Setelah difikir-fikir, rasanya wajar untuk tidak mengendahkan pandangan beliau. Maklumlah,setiap orang ada pandangan dan pada pandangan saya,tidak salah menulis. Bukan mahu mencanang kisah hidup,tapi cukup sekadar meluahkan apa yang terbuku dalan hati mahupun fikiran.Yang penting,tidak menyusahkan sesiapa.

Perasaan melonjak-lonjak apabila sering mengikuti blog kawan-kawan.Sekurang-kurangnya dapat melihat dunia melalui persepsi berbeza. Banyak sebab orang menulis. Ada yang berkisar tentang kekusutan yang melanda,entri ilmiah,meluahkan perasaan dan juga mengekspresikan pengalaman melalui gambar.Macam-macam boleh dikongsi.Menurut saya,menulis banyak mendatangkan kebaikan kepada saya berbanding dengan keburukan. Jadi,cakaplah apa yang kamu inginkan,kutuklah sehingga kamu puas asalkan saya tenang.


sudahlah sampai sini. HABIS.

Thursday, July 1, 2010

aku percaya.

aku percaya..
malam akan berubah siang
gelap akan bertukar terang
pilu akan menjadi girang.

aku percaya..
yg sabar akan bahagia
yg jujur akan ceria
yg ikhlas akan gembira.

aku percaya..
pada tali persahabatan yg utuh
pada kasih dan sayang yg kukuh
pada cinta yg teguh.


aku percaya..
satu penantian takkan sia-sia
walau semakin meningkat usia
walau beribu dugaan menduga.


dan aku juga percaya,
mimpi takkan mati.
persahabatan akan diredhai.
walau goyah melanda hati
walau kepercayaan selalu dikhianati
walau kejujuran sering disalah erti
kerana aku yakin,
ada sebab Tuhan menguji.


p/s: [sayangilah sahabat anda] :)

Sunday, April 18, 2010

YES!

i miss u.

Y

E

S

S


YESSSS!!

I MISS U!

Saturday, April 10, 2010

haRu+BirU

erm.
clueless.
patotkah di layan prasaan yg berkecamuk?
menyesal.
berguna ke?
layak atau x layak?
x tahu.
_____________________________________________________________________________________

sedikit terasa derita kwn2 sekeliling.
yg sedih,sedih sgt.
yg happy,happy sgt.
yg pasrah,tapi bersedih dlm bergembira.
pon ada.
walau apa pon yang sedang dilalui,ingat kita ada Tuhan.
mintak petunjuk daripadaNYA.
perbaik diri selagi terdaya.

kalu difikir2,kita semua da mula melalui liku2 hidup.actualy,SEDANG melaluinya.
perlu hati yg kuat tuk mengharunginya.
hati yang kental.
pandangan yang positif.
jiwa yang tekal.

apa itu CINTA?
besarkah?bermaknakah?
knpa semua org sekeliling kecewa bercinta?
knpa org selalu ada masalah yang berpunca drp cinta?
salahkah bercinta?atau salah org2 yang bercinta?

sejam yg lepas juga dikejutkan ngn berita kecurangan seorang kwn.
pasangan yg satu waktu dulu cukup romantis dan bahagia.
pasangan yg dikatakan berpotensi kekal ke anak cucu.
yes.dalam diam2 bercinta dengan 2 gadis.
di sini syg, di sana rindu.
di sini kasih, di sana menuggu.
come on la bro..tak baik buat org cmtu..
kalu da x boleh nk teruskan,ckp baik2..
jngan tipu.x kisah salah siapa.
masing2 punya alasan.tapi menipu sgt tidak elok.
asal kamu tau, amat menyakitkan sayang orang yang x sayang kita.
jangan nanti terhantuk baru terngadah.
sy knl dat girl.dia baik.dia cntik.
dia jugak sgt syg lelaki itu walau dia tau ada org ketiga.

gosh!
ape lg yg kamu nk duhai lelaki?
nk enjoy?
menikmati zaman remaja?
zaman bujang?
yes.be my guest.

sabarla 'W', sy doakan kamu berjumpa dgn org yg jauh lebih baik drp dia.
dan kpd lelaki itu,sy xnk mendoakan ketidaksejahteraan kamu,tapi sy harap kamu sedar yang kamu terlepas seseorg yang sukar dicari ganti.
jangan terlalu mencari kesempurnaan krna diri kita sendri juga tak sempurna.
tapi cari lah seseorang yg boleh membuat kamu ase sempurna bila bersamanya.

nite.

till then, toddles.

p/s: berharap pohon yg tidak berbuah, menanti pada yang tiada.

Sunday, April 4, 2010

keBLURRan.

today is sunday.and sy xperlu mengajar hari ni.
fuh.dats a relief.pg td headmistress da mntak buku praktikum.
adess.
another luck.alhamdulillah.
why?
sebab semlam bertungkus lumus sy mnyiapkannya.
tapi lesson plan plak x update lg.
hancuss.he.
seminggu x menulis.bz la katakan..
bukan wat esemen pon.
hari sukan skola.penat seyh!


bile ada mase,tenet plak mcm siput sedut.
nsb baik la dpt jgk buka fb.
xde la keBOSANan yg melampau melanda weekend yg borink.
hihi.

*tarik tali:merah vs kuning*

oh,ya.
semalam 3 april.i SUPPOSE to go flying kites at the beach.
and rent da cruise.
cycling around the Taman Tamadun Islam.
tp x mengapa.masa itu belom smpai.
and sy akan pegi pada TARIKH yg LAIN.
(",)

weekend activity??
bace blog kwn2.plg suke blog adahunny.
sebab ada kontroversi di situ.

about what?

ada la sal sorg kwn kitorg,N ex-bf dia S and sorg pompuan yg dikatakan *perampas bermulut longkang* hihi.
dipendekkan cerita,sgt kecian la dekat N ni..
sebab x pasal2 lelaki yg loser itu menyerlahkan keloseran beliau ngn membawa geng2 beliau pergi mengesound kwn2 si N yg tidak bersalah.huh.
ada jugak org cmtu.malunye kalu aku jd lelaki tu.huk3
ciannye kat ko ye.kalu ye pon syg awek,jgn la sampai cmtu skali.
x cukup ngn tu,ciap sms lg ckp *&%#$!@#%$#^% and mcm2 lg.x ke loser yg amat lelaki itu.
huhu.sy pon turut same terasa bahangnye.yela kan,org yg dekat ngn kita ase cmtu.
bila jumpe depan2 x brani plak. btol2 pengecut.
ok.enough about that.ckp byk2 pon wat sakit ati.
(ske ati sy la nk ckp pe,blog sy.)
hihi.

buat pe ptg ni??

baru je plan nk ciapkan sume benda alah sal prktikum ni..
kna plak pegi hntr bdk2 maen football ptg ni..adeii..
dah la MU kalah semalm.hangen btol la..!

p/s: i think im gaining my weight.huhu.u stupid appetite!!

stop.stare.shoo~

Monday, March 22, 2010

+ sChoOl oh scHoOl +

1st day practicum.


sampai tak boleh tido semalam.
pusing kiri.pusing kanan.
ish, nervous lah!
adoyaiii~

SK Kebor Besar,here i come!!

mule2,lapor diri di office.
rakan2 yg laen da mula dapat jadual kelas masing2..
tp,kami x dpat lg..

kenapa?
"sebab jadual kna rearrange.ada cg yg meninggal last week" kata guru besar.

melata.tengok2 sekeliling.pastu terpandang gambar arwah guru yg meninggal tersebut on the notice board.

Ya Allah! terkejut.
sebab arwah adalah cg sy time sekolah rendah dulu..
cg. azhar mohamad.cg KH.ingat lg dulu2,slalu g potong polisterene kat mkmal KH. arwah laa yg slalu tlg..


semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.amen.

3 perkara yg ditinggalkan sesudah mati:
1. anak yang soleh.
2. amal jariah.
3. ilmu yang bermanfaat.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

oleh sebab dekat skolah ni ada wifi,maka mula la kami ber'fesbuk' memandangkan tiada kerja lain yg boleh dibuat.
masa slalu dihabiskan dengan sia2.aduss.rugi2.



p/s: [MEMORI]

till then,shoo~

Saturday, March 20, 2010

Demi Masa.

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
kecuali mereka yang beriman,beramal soleh, berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran."
Surah Al-Asr: Ayat 1-3

sedar tak sedar,
school break is over.

sedar tak sedar,
esok da nk mula praktikum.

sedar tak sedar,
da hampir 4 tahun sy blaja di IPG KDRI.

sedar tak sedar,
da banyak benda yang jd.

sedar tak sedar,
sy da berubah.

sedar tak sedar,
hati yg luka da semakin sembuh lukanya.

sedar tak sedar,
teman di sisi semakin bertambah.

dalam sedar tak sedar tu,
da mcm2 perkara dan perasaan yg sy alami.pahit,manis,suka,duka.
berdepan dengan masalah dan selesaikan masalah.
berselisih faham dan berbaik.
menangis dan ketawa.
jatuh dan bangun.

dalam sedar tak sedar,
sy belajar erti hidup.
belajar erti menyayangi dan disayangi.
belajar erti mengasihi dan dikasihi.
belajar erti menghargai dan dihargai.

dalam sedar tak sedar,
da 22 tahun sy bernafas di atas muka bumi Tuhan ni.
esok,sy akn dipanggil.. "cikgu"..
bertanya pada diri, "bersediakah aku menjadi pendidik?"

dalam sedar tak sedar,
merenung ke masa depan.
pengalaman sebagai landasan hidup.
yakinkan diri supaya berdikari.
berdiri di atas kaki sendiri.

dalam sedar tak sedar,
sy belajar menghargai hidup.
belajar menghargai org2 sekeliling.
org2 yg menghulurkan tangan di saat sy terduduk.
belajar agar tidak mudah percaya pada org lain.
belajar untuk menjadi kuat.
menapak ke depan.ke masa depan.
hidup ni hanya pinjaman.

kepada seseorang,terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup sy.
terima kasih kerana pernah menyayangi dan melukai.kerana membuat sy tertawa dan menangis.at least, awk mengajar sy how to feel alive.

(",)

tinggal lg one and a half year di IPG.
insyaAllah kalau pnjg umur dan murah rezeki, bergelar guru lah sy dan rakan2 seperjuangan.harap2 xde aral yg melintang.amen.

p/s: im so nervous nk pergi praktikum besok..urmm. kepada peja,maafkan daku kerana tak pergi ke rumah kamu tadi..huhu.. :p



tabahlah wahai hati.


till the, toddles~

+ LOVE is a VERB +

da 3 hari x update.patot terasa kekurangan sesuatu.
semalam mmg x bleh berbuat ape2 kecuali mengkhatamkan novel yg 1 ni.
skrang da blh buat benda lain.hehe.
puas.
selesai baca 1 lagi karya Anis Ayuni.
" Saat Kau Kata Cinta "

komen?
jalan cerita mmg best.
and.
yg paling penting sebahagian storyline mmg ada persamaan ngn storyline hidup sy.
tapi asenya dugaan yg Wina [main character] is worse than mine.

1.dia kehilngan ibu when the PMR is just around the corner.

2.she sacrifices her love for her fren. actually, her bf yg xsetia.di sini cinta,di situ sayang. perempuan mana yg x suka lelaki ambik berat,bermulut manis kan.. lame bercinta tp hati lelaki stil boleh terbahgi 2,3,atau 4.

3.kali kedua bercinta,kna tipu.kono bujang,tp da ada anak dua.tp,wina bukanlah jenis yg suka merampas hak orang,walau sakit dia tetap akn elak benda yg boleh dielakkn. siapa tahu,hari ni kita buat org,esok2 org buat kite lebih teruk drp tu.


tp yg paling best bila 'abg syafi' muncul.walau hijaz tu cinta pertama, walau azril tu dirasakan yg terbaik,namun ALLAH SWT lebih mengetahui.DIA telah mengaturkan semuanya.abg syafi ialah pelengkap hidup wina. :)

pelngkap hidup sy?
hehe..hmm..ntah.
pernah ada.
akan datang, no komen.
harap2 ada another 'abg syafi' nanti.
hehe.

" sesungguhnya alam ini terasa indah kerana ALLAH menciptakannya berpasang-pasangan. ada siang,ada pula malam.ada tempat yg subur,ada pula yg tandus.ada gunung-ganang yg tinggi,tetapi ada juga lembah dan lurah yg dalam.ada lelaki dan ada pula perempuan.
ALLAH menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan,berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak,duri,dugaan,tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah. "


p/s: cinta yg menyakitkan,wajar dihindari.selama mana hendak mengusung cinta itu?
sedangkan mati itu pasti. carilah cinta yg hakiki.

Tuesday, March 16, 2010

[ memori ]

Firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 216: "...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.."


bosannye hari ni.seharian mengadap kerja yang bertimbun.
penat.
bila penat,baca novel.bila penat layan e-novel.
novel.novel.novel.
huh.

ni je la yg boleh dibuat tuk halau rasa kurang enak yg bertandang di hati semenjak dua menjak ni..rasa yg sukar ditafsirkan dengan kata2.
benci bila mngenangkan perkara itu.tapi masih x mampu nk membenci org2 itu.
tau.x baik membenci.
bersyukur.sebab x mampu membenci even i want it damn much.

hm.malam ni nk mengarut2 sikit.nk tulis je ape yg terlintas di hati.
tiba2 teringat dulu2.saat2 bahagia.
oh.rindunye.
bila lg boleh kecap bahagia itu ye..
bersyukurlah meme.bersyukur ngan ape yg kamu ada skrng.
bia sume berjalan seperti yg DIA dirancang.
oh.manisnya kenangan.
yg pahit??banyak.
tp da buang jao2.xnk ingt.xmau ingat.


*************************************************************************************

ada sesuatu terjadi hari ni.
sesuatu yg buat sy terfikir kenapa manusia hanya mementingkan kesempurnaan.
memang.
semua orang mahukan yg terbaik.
sy pon.
tapi apa yang membuat seseorang itu tak boleh terima ketentuanNYA.

" Diakah Lelaki Itu? "

dia xtahu bersyukur.
dia hanya inginkan yg sempurna.
baik rupa paras.
isteri yg cantik.
hidup senang.
kerjaya yg baik.
teman yg ramai.

hanya skali Tuhan menguji.kenapa lelaki budiman seperti itu x mampu terima?
anak itu titipan Ilahi.Tanggungjawab ibu dan ayah.
ya.anak itu lahir dalam keadaan kurang sempurna.
anak itu cacat.
tp lelaki itu tidak dapat menerimanya.
dialah lelaki yg tidak melaungkan azan di telinga si anak itu.
dialah lelaki yg enggan menjengah si isteri yg sedang bertarung nyawa akibat tumpah darah dan si anak yg mengalami masalah jantung.
dialah lelaki yg pentingkan diri.

walhal,
dialah seorang suami yg bertanggungjawab.
penyayang.pelindung.
dia juga lah insan yg paling gembira saat menerima perkabaran menjadi seorang ayah.
tp semua berubah apabila anak yg lahir itu anak istimewa.

puas si isteri merayu.merayu agar si suami menjenguk.menatap wajah si anak walau sedetik.bercucuran air mata menahan sebak.tapi si suami terlalu degil.egois.

*************************************************************************************

kini semua dah berakhir.penyesalan yg x berguna.isteri dan anak istimewa itu telah pergi mengadap Ilahi.saat lelaki itu memangku sekujur tubuh kecil berbalut kain kapan itu,air matanya berderaian.

tapi untuk apa?
terpulang pada tafsiran masing2.

beginilah manusia.
bila dia memiliki sesuatu,dia tak pernah menghargainya.
selalu mengejar yg lebih baik.lebih cantik.lebih sempurna.
bila dah kehilangan,mula nak menangisi.menyesal.

duniawi oh duniawi~

p/s: hargailah apa atau sesiapa sahaj yg kamu miliki.jangan terlalu asyik mengutip batu hingga tercicir mutiara di tangan.

Monday, March 15, 2010

+suNgGuh. tAk tiPu+

15 Mac.

A year ago, pada tarikh ni,i was in Kota Bharu.
lepaking dekat umah imah [my classmate] sambil2 bercuti menghabiskan dwet selepas School Based Experienced di SK Manir.

dis year, sy di depan lappy berchatting dengan ain..terasa kosong.sungguh.x tipu.

kepada keluarga,teman2,sahabat handai,kawan2 yg mendoakan sy hari ni;
mekacey kerana sentiasa di sisi.menemani di saat susa dan senang.
sy sgt2 menghargai kalian sume kerna sy tau,sy lemah tanpa kalian.
sungguh.x tipu.

next year, adakah sy masih di sini?
adakah sy masih bernafas di muka bumi Tuhan ni?
adakah sy masih berdamping dengan teman2 yg sy sayangi?
sy harap: sy maju selangkah.sy masih bernafas.sy masih di samping kamu.

*************************************************************************************

" .. i dun really know how to help u..but what can i say is..apa2 yg melibatkan hubungan lelaki dan perempuan if its more than just friend before marriage is useless.in fact, kita yg rugi..hampir semua bnda2 yg patot kite rase selepas kawen dah kita rase before kawen..jadi lepas kawen tinggal ape lg? cinta manusia ni kalau x ikut ape yg DIA suruh semuanya bohong..sebab manusia mudah borink dengan benda yg sama..anggap je la ini semua teguran drp ALLAH SWT atas ape yg kite lakukan selama ini.. ALLAH ada bukan hanya memerhati..tapi DIA bagi semua benda pada kita, DIA dah tentukan..kita hanya perlu usaha mengikut cara yg DIA sarankan.. kalau kapel itu usaha ke arah perkahwinan tetapi sangat bertentang dengan cara DIA, memang patut la kite rase sakit hati,x tenang dan sebagainye..kalau dah rasa perlu kawen sekarang,usahalah and kalau dah jumpa calon, nape nk tggu lame2? kalau rasa belum masanya jadi janganlah sibuk2 lg dengan perkara2 macam ni..usahalah untuk benda yg lebih penting dalam hidup ni.."

* andai kata kamu baca entri ni, i want u to know that i really appreciate every word u said.inspiring by the words.terima kaseh,kerana selalu ada di saat sy perlukan kamu.terima kaseh,kerana teguran kamu mematangkan sy.terima kaseh kerana menjadi teman sy dari kecik sampai sekarang.terima kaseh,kerana kata2 itu menjadi hadiah paling bermakna.terima kaseh,untuk segala2nya. *



sungguh. x tipu.

p/s: Tuhan kirimkanlah aku kekasih yang baik hati..yang mencintai aku apa adanya..

with love;


stop.stare.shoo.

Sunday, March 14, 2010

:: MiMpi itu Milikku ::

hari ni seharian jalan2 ngn dia..swonok..ase masa kejap je berlalu.
berkongsi cerita.
bergelak ketawa.
bertukar pandangan.


yang paling best,masa dekat kedai pengantin.
cantik sgt2 baju yg dipilih tuk mjlis akad nikah & bersanding.
terasa bertuahnye wahai badan.
terdetik nk snap gmbar.
tapi takot hilang serinya pulak nanti.
sabarlah wahai hati.
sampai masenye nanti bolehlah bergambar ngn baju chanteq tu.
urrmm (",)

habis.

*************************************************************************

masuk kete.terus menuju ke bandar.
nk alter jeans.tp alang2 da park betol2 depan McD,kitowg saling berpandangan.

dia: umie da makan x td?
saya: awk?
dia: da makan pg td.
saya: org pon da makan pagi tadi.hehe.
saya da dia: jom makan dulu nak? nanti lapar plak.da lunch hour ni..hahaha

bile perut da terisi,kaki2 kami pon memanjat anak tangga ke kedai alter meng'alter'.
sambil2 tunggu jeans tu ciap,kami pon berjalan2 melihat tudung2 dan baju2 yg terhidang depan mata.sempat jugak rembat sehelai.
pas amek jeans tu,kete bergerak lagi.
ke mana?tujuan? cari tudung pulak.park da car.masuk ke butik Ariani.

salesgirl: boleh sy tlg? adik nk cari ape?
kami : nk cari tudung siti.tudung bahagian dalam.ada suggestion ke kak?
salesgirl: oh..ada..kaler ape?
kami: hitam kak..nk yang saiz S..
salesgirl: ala..hitam da habis la.
kami: bile restock kak?
salesgirl: x tentu.tapi hitam mmg cepat habis.

hampa.

berjalan menuju kereta.panasnye hari ni.huhu.
tengok jam.pukul 2:30 ptg. pusing stereng terus menuju ke surau.solat.

bergerak ke destinasi seterusnya.
ke pantai batu burok.santai sambil minum2.
ke butik Suria dekat Wisma Tenang.
tempah baju untuk wedding tu nanti.
ke Astaka dekat Shahbandar.
and,finally...
ke secret recipe.
pilih.duduk.tunggu order.mamam.

" mekaceh awak sebab belanje saya..hehehe "

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ



p/s: my oh my..teringat kamu..take care of yourself for me there~

till then,toddles.

Saturday, March 13, 2010

+rUmaHku SyuRgaKu+

Good morning world!
such a beautiful day~ :)
burung2 mula berterbangan mencari rezeki sambil menyanyi riang.
merdu sungguh.

bangun pagi ni tengok abah dan abang sudah berada di rumah.cukup korum.


-my family members-

sign in fesbuk,ada org wish:
"happy becoming besday,sis!"

erk?terharu.sob3.pastu abah and abang panggil.terus angkat kaki menuju ke living room.mereka keluarkan sesuatu. my besday presents!huhu.segan la plak.tapi swonok jugak bile dapat jam and iphone ni. (",) alhamdulillah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
teringat masa kecik2 dulu, bila time besday sape2 je mesti g celebrate kat KFC.skrang da besar2 da borink da.hehe.takpe.yang penting 1 family berkumpul bersama.
opps!hampir terlupa,x lame lg bertambah la ahli keluarga ni.abang da engage akhir tahun lepas.


-bakal kakak ipar-

p/s:harap2 xde pape aral yang melintang and jodoh mereka berpanjangan.ameen.


shoo~

Friday, March 12, 2010

'' SmiLeS ''

penat btol hari ni.tp HAPPY.
''teet teet!'' hp berbunyi early in da morning..susanye nk buka mata..semalam tertido kt depan lappy smbil mengadap esemen yg x siap2 jugak. dengar azan subuh,bangun.solat.dan.tido balik.ok.enuf about dat.
tanpa segan silu kutekan butang read:

"yunk..nk pegi ke tak?"

mata terus bulat.alamak! terlajak tido la plak..tengok jam.. 7.50am.nk pegi kol 8.cane ni.ish!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pas da ciap2,pecut kete ke rumah pengirim sms.sempat stop kedai jap beli kueh.lapo sbb lupe nk dinner semalm.hehe.

masuk dlm umah,tunggu org bersiap.perjalanan sejauh 33km bermula. :)

ish! sejuknye~ lepas park kete and take all the things, we all pun mula la melangkah ke arah itu.pandangan pertama menyapa mata:



swonok tengok budak2 bermandi-manda.we all terus berjalan mencari pondok tuk berteduh.tp sume full..cedey jek.tapi x rosakkan mood kami pon.pas jumpe port yg seswai,kami pon duduk.berehat sebentar.


we are: ain,mona,ateen,nurul,elina,anis and me.hehe.


sume sempat makan sandwich buatan elina.cedaapp! tengok je la ain makan.. (",)

then pergi bermandi manda sebab ujan da berhenti kejap.oopps~ da pixcha of us having fun xboley diuploadkan atas sebab2 yg relevan.

after 2 hours berendam,elina panggil naik.da bising2 sebab da ujan.huhu.tapi sempat lg duduk makan2 dalam ujan tu.bihun yang kering pon jadi basah.haha.ah.belasah je la.nanti ujan stop la tu (kitowg predict je) tp unfortunately ujan makin lebat.mencurah2.lantas ada suara yg memanggil kami berteduh di pondok mereka.



ujan serik.kami berjalan ke bilik persalinan.while waiting for my turn to change my cloth,sempat jugak men'snap' aksi ibu dan anak.


kasih ibu membawa ke syurga~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
balik.selasai solat dan rehat,lepaking sambil layan citer "andai semalam ku miliki" sampai abes.pastu makan.again.gemuknye sy hari ni.hehe.


-penantian satu penyeksaan-


-ain's mom msk specel today.sangat sedap aunty!tQ :) -

PENAT tapi HAPPY.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: terima kasih Tuhan kerana kirimkan teman sejati untukku.

till then, shoo.

Thursday, March 11, 2010

+ePiSoD bARu+





"rasa sayang hei rasa sayang sayang hei
hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei.."


udara yg dihirup hari ni terasa benar lainnya.semacam ada 1 aroma asing yg tak pernah terhidu oleh deria bau. alhamdulillah.gembira datang lg.setelah berbulan2 berendam air mata.kadang2 terfikir,lemahkah seseorang bila menangis? tp tangisan2 tu yg mengeluarkan sakit dan haba amarah yg terpendam.sy mmg suka menangis.lebih2 lagi depan orang tersayang.bukan untuk meraih simpati tp menunjukkan betapa perlunya sy pada kehadiran dia.tp..cukuplah sampai setakat itu. benar kata orang; "pengalaman mendewasakan"semua benda yg terjadi beberapa bulan kebelakangan ini pasti tidak sia2.our Almighty Creator Allah SWT pasti telah merancang sesuatu yg terbaik untukku. kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan dan keburukan demi keburukan yg dibuat dengan sedar dan tanpa sedar menjadi 1 amaran untuk terus beware di masa depan.

terasa sangat berdosa.maafkan.ya,kita boleh berusaha tapi kita tak mampu melawan takdir.itu HAKIKAT.KBENARAN MEMANG PAHIT.tapi itulah kehidupan.kadang2 apa yg kita tak sangka akan berlaku pasti akan terjadi.kadang2 orang yang paling kita sayang mampu menyakitkan kita dan meninggalkan kita.ALONE. tapi,itulah kehidupan.hidup tak selalu indah, bukan?

sekadar meluahkan rasa hati.sekadar melepaskan apa yang terbuku. untuk ap? 1 EPISOD BARU. menggapai 1 kehidupan yg lebih bermakna.Ya Allah Yang Maha Pengasih, jadikanlah hari esokku lebih baik daripada hari ini dan hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu.Ameen.

p/s: melontar sisa kenangan pahit dan manis ke dalam laut yang paling dalam.

till then,toodles.

Template by:
Free Blog Templates