Tuesday, October 19, 2010

sudahlah sampai sini | HABIS.

assalamualaikum.


kaku.
sudah agak lama tidak menulis. Semenjak mendapat teguran daripada seorang kenalan dulu. Bukan terlalu mahu mengikut telunjuk orang,tapi saya lebih kepada malas hendak bertekak. Malas bertikam lidah dengan kenalan itu. Setelah difikir-fikir, rasanya wajar untuk tidak mengendahkan pandangan beliau. Maklumlah,setiap orang ada pandangan dan pada pandangan saya,tidak salah menulis. Bukan mahu mencanang kisah hidup,tapi cukup sekadar meluahkan apa yang terbuku dalan hati mahupun fikiran.Yang penting,tidak menyusahkan sesiapa.

Perasaan melonjak-lonjak apabila sering mengikuti blog kawan-kawan.Sekurang-kurangnya dapat melihat dunia melalui persepsi berbeza. Banyak sebab orang menulis. Ada yang berkisar tentang kekusutan yang melanda,entri ilmiah,meluahkan perasaan dan juga mengekspresikan pengalaman melalui gambar.Macam-macam boleh dikongsi.Menurut saya,menulis banyak mendatangkan kebaikan kepada saya berbanding dengan keburukan. Jadi,cakaplah apa yang kamu inginkan,kutuklah sehingga kamu puas asalkan saya tenang.


sudahlah sampai sini. HABIS.

2 comments:

imejiner said...

mari, katakan padaku
siapa gerangan dia yang cemburu
bair aku siku
sampai dia diam terkelu

hahhahahaha

Meme Fatihah said...

ahah.kalau boleh.
aku dinasihatkan,jgn buka cerita.
mau 1 dunia tahu??

tolong siku. :)

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates