Wednesday, October 20, 2010

CINTA | Membuatkan Seseorang TABAH atau TRAUMA?

Assalamualaikum.


Love hurts.
Acapkali kita dengar tentang kekecewaan dalam bercinta.
Kecewa,lantas merana.
Bila merana,semuanya jadi tak tentu hala.Hidup terasa hambar dan tawar.
Sepi menyapa.Bersendirian dan keseorangan walaupun dikelilingi teman yang setia.

Kebelakangan ini suka benar saya mengikuti blog Kak Zara.
Kalian mungkin tertanya kenapa,jawabnya kerana banyak teladan dapat diambil daripada penulisan beliau.
Paling akhir,mengenai kisah seorang sahabat yang putus tunang gara-gara tunangannya ingin kembali ke pangkuan kekasih lama.

Sedih kan?Pasangan yang sangat manis,akhirnya putus.Dua minggu sebelum ijab dan kabul. Na'uzubillah.

gambar:cinta kamu melukakan saya.

Memiliki seseorang yang istimewa di sisi di saat susah dan senang amat diidamkan lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.Namun begitu,harus sentiasa ingatkan diri supaya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

Saya belajar melalui pengalaman. Menyedari diri sendiri serik untuk dikhianati,wajar bagi saya untuk bangkit meneruskan hidup. Pernah menjadi seorang yang berputus asa satu waktu dulu dan kini saya sedar hidup tidak berakhir disini.

Alhamdulillah,Tuhan masih memberi kesempatan untuk melihat dunia,berfikir dan meneruskan hidup secara positif. Cinta telah membuat saya tabah. Kerana itulah saya mahu kawan-kawan saya kuat. Buat teman tersayang,S pilihan ada di tangan kamu.Jangan biarkan kata-kata mereka menghancurkan kamu.Kuatkan hati. Dan buat Encik.K,saya hanya mampu meberi pandangan,selebihnya terpulang pada kamu.Lepaskan jika itu yang terbaik untuk dia.

gambar:cinta senyap.

p/s: Cintailah Allah SWT dan nescaya cintamu akan berbalas.
Bersabarlah duhai hati-hati yang terluka.

"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." (Surah At-Taubah:51)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates