Thursday, October 21, 2010

Aku, Dia Dan Mimpi

Assalamualaikum.

[Gambar:Syukur]
Syukur.Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menghirup dan menghela oksigen hari ini.


Erm.Hari ni nak cakap pasal mimpi.
Kebelakangan ni kerap sangat mimpikan dia.
Terfikir juga kenapa?
Walaupun jarang sangat bercakap dengan dia (dalam realiti) tapi dalam mimpi,seolah semua hal kami kongsi.
Kata orang,mimpi mainan tidur.
Tapi saya suka bila mimpi yang best2.
Pastu kalau tiba2 terjaga memang emo habis la sebab kalau tidur balik pun memang takkan tersambung dah mimpi yang best tu.Tak suka.Tak suka.

[Gambar: Mimpi indah]
Mungkin ke sebab saya suka berangan?
Tapi takde la pulak fikirkan atau ingat dekat dia.

[Gambar: Memasang angan-angan]

Isk.Tiba-tiba rasa seram sejuk.

Stop.Stare.Shoo.

p/s: Hari ni takde kelas.Jadi,semua kerja tertunggak harus dibereskan.

Wednesday, October 20, 2010

CINTA | Membuatkan Seseorang TABAH atau TRAUMA?

Assalamualaikum.


Love hurts.
Acapkali kita dengar tentang kekecewaan dalam bercinta.
Kecewa,lantas merana.
Bila merana,semuanya jadi tak tentu hala.Hidup terasa hambar dan tawar.
Sepi menyapa.Bersendirian dan keseorangan walaupun dikelilingi teman yang setia.

Kebelakangan ini suka benar saya mengikuti blog Kak Zara.
Kalian mungkin tertanya kenapa,jawabnya kerana banyak teladan dapat diambil daripada penulisan beliau.
Paling akhir,mengenai kisah seorang sahabat yang putus tunang gara-gara tunangannya ingin kembali ke pangkuan kekasih lama.

Sedih kan?Pasangan yang sangat manis,akhirnya putus.Dua minggu sebelum ijab dan kabul. Na'uzubillah.

gambar:cinta kamu melukakan saya.

Memiliki seseorang yang istimewa di sisi di saat susah dan senang amat diidamkan lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.Namun begitu,harus sentiasa ingatkan diri supaya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

Saya belajar melalui pengalaman. Menyedari diri sendiri serik untuk dikhianati,wajar bagi saya untuk bangkit meneruskan hidup. Pernah menjadi seorang yang berputus asa satu waktu dulu dan kini saya sedar hidup tidak berakhir disini.

Alhamdulillah,Tuhan masih memberi kesempatan untuk melihat dunia,berfikir dan meneruskan hidup secara positif. Cinta telah membuat saya tabah. Kerana itulah saya mahu kawan-kawan saya kuat. Buat teman tersayang,S pilihan ada di tangan kamu.Jangan biarkan kata-kata mereka menghancurkan kamu.Kuatkan hati. Dan buat Encik.K,saya hanya mampu meberi pandangan,selebihnya terpulang pada kamu.Lepaskan jika itu yang terbaik untuk dia.

gambar:cinta senyap.

p/s: Cintailah Allah SWT dan nescaya cintamu akan berbalas.
Bersabarlah duhai hati-hati yang terluka.

"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." (Surah At-Taubah:51)

Tuesday, October 19, 2010

sudahlah sampai sini | HABIS.

assalamualaikum.


kaku.
sudah agak lama tidak menulis. Semenjak mendapat teguran daripada seorang kenalan dulu. Bukan terlalu mahu mengikut telunjuk orang,tapi saya lebih kepada malas hendak bertekak. Malas bertikam lidah dengan kenalan itu. Setelah difikir-fikir, rasanya wajar untuk tidak mengendahkan pandangan beliau. Maklumlah,setiap orang ada pandangan dan pada pandangan saya,tidak salah menulis. Bukan mahu mencanang kisah hidup,tapi cukup sekadar meluahkan apa yang terbuku dalan hati mahupun fikiran.Yang penting,tidak menyusahkan sesiapa.

Perasaan melonjak-lonjak apabila sering mengikuti blog kawan-kawan.Sekurang-kurangnya dapat melihat dunia melalui persepsi berbeza. Banyak sebab orang menulis. Ada yang berkisar tentang kekusutan yang melanda,entri ilmiah,meluahkan perasaan dan juga mengekspresikan pengalaman melalui gambar.Macam-macam boleh dikongsi.Menurut saya,menulis banyak mendatangkan kebaikan kepada saya berbanding dengan keburukan. Jadi,cakaplah apa yang kamu inginkan,kutuklah sehingga kamu puas asalkan saya tenang.


sudahlah sampai sini. HABIS.

Template by:
Free Blog Templates