Saturday, March 20, 2010

Demi Masa.

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
kecuali mereka yang beriman,beramal soleh, berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran."
Surah Al-Asr: Ayat 1-3

sedar tak sedar,
school break is over.

sedar tak sedar,
esok da nk mula praktikum.

sedar tak sedar,
da hampir 4 tahun sy blaja di IPG KDRI.

sedar tak sedar,
da banyak benda yang jd.

sedar tak sedar,
sy da berubah.

sedar tak sedar,
hati yg luka da semakin sembuh lukanya.

sedar tak sedar,
teman di sisi semakin bertambah.

dalam sedar tak sedar tu,
da mcm2 perkara dan perasaan yg sy alami.pahit,manis,suka,duka.
berdepan dengan masalah dan selesaikan masalah.
berselisih faham dan berbaik.
menangis dan ketawa.
jatuh dan bangun.

dalam sedar tak sedar,
sy belajar erti hidup.
belajar erti menyayangi dan disayangi.
belajar erti mengasihi dan dikasihi.
belajar erti menghargai dan dihargai.

dalam sedar tak sedar,
da 22 tahun sy bernafas di atas muka bumi Tuhan ni.
esok,sy akn dipanggil.. "cikgu"..
bertanya pada diri, "bersediakah aku menjadi pendidik?"

dalam sedar tak sedar,
merenung ke masa depan.
pengalaman sebagai landasan hidup.
yakinkan diri supaya berdikari.
berdiri di atas kaki sendiri.

dalam sedar tak sedar,
sy belajar menghargai hidup.
belajar menghargai org2 sekeliling.
org2 yg menghulurkan tangan di saat sy terduduk.
belajar agar tidak mudah percaya pada org lain.
belajar untuk menjadi kuat.
menapak ke depan.ke masa depan.
hidup ni hanya pinjaman.

kepada seseorang,terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup sy.
terima kasih kerana pernah menyayangi dan melukai.kerana membuat sy tertawa dan menangis.at least, awk mengajar sy how to feel alive.

(",)

tinggal lg one and a half year di IPG.
insyaAllah kalau pnjg umur dan murah rezeki, bergelar guru lah sy dan rakan2 seperjuangan.harap2 xde aral yg melintang.amen.

p/s: im so nervous nk pergi praktikum besok..urmm. kepada peja,maafkan daku kerana tak pergi ke rumah kamu tadi..huhu.. :p



tabahlah wahai hati.


till the, toddles~

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates